Matlamat Anda

Sejak akhir akhir ini saya amat tertarik dengan Unit Trust dan cuba mendapatkan sebanyak maklumat mengenai Unit Trust atau Unit Amanah. Saya ingin berkongsi dan membuka minda orang orang melayu tentang kepentingan dan kebaikan Unit Amanah untuk masa depan kita.

1. Dana/Wang Persaraan (Retirement Planning)
Jika anda memandang serius ke arah kewangan yg terancang dan sistematik,UNIT TRUST adalah pilihan yg tepat sebagai salah satu pelaburan untuk simpanan hari tua anda.Jika anda mengambil kira faktor di bawah ini, adakah simpanan anda sekarang mencukupi untuk menampung perbelanjaan hari tua anda?

  • Inflasi-Katakan kadar inflasi sekarang 4% setiap 5 tahun.. Jika dalam masa 15-20 tahun, inflasi meningkat menjadi 12% adakah simpanan anda cukup untuk menentang kadar inflasi ini? Apa akan jadi kalau harga minyak naik dan terus naik?
  • Umur yang panjang -Secara purata, dengan kemudahan perubatan yang dinikmati sekarang, seseorang itu mampu untuk hidup selama 70 tahun ke atas. Untuk kehidupan yang selesa, setiap 5 tahun persaraan kita, kita akan memerlukan sekurang-kurangnya RM80,000.. Untuk 20 tahun bererti kita memerlukan RM320,000.00. Adakah kita memiliki simpanan sebanyak itu bila bersara nanti?
  • Kos persaraan yang tinggi-Secara umumnya kita memerlukan wang yang banyak untuk membiayai pelbagai kos, seperti; kos perubatan untuk di hari tua, kos perbelanjaan harian/bulanan, kos yuran pembelajaran anak, kos tempat tinggal, kos perlancongan , ibadat haji, kos perjalanan dan sebagainya. Adakah pencen anda mencukupi?-
  • Pengurusan sumber kewangan -Menurut laporan: Sejumlah 72% pencarum KWSP membelanjakan wang mereka dalam masa 3 tahun sahaja. Ini bererti wang caruman KWSP tidak mencukupi untuk menampung kos kehidupan selepas bersara. Maknanya anda terpaksa bekerja lagi selepas bersara. Adakah ini dinamakan Persaraan? Sudah Bersara Tetapi Masih Bekerja..!

2.Tabung Pendidikan Anak (Children Education Plan)
-Salah satu tanggungjawab anda kepada anak ialah menyediakan pembelajaran untuk mereka. Demi masa depan mereka yang anda sayang sudah tentu anda mahukan mereka belajar hingga keperingkat universiti. Bayangkan kos yang terpaksa anda tanggung pada masa akan datang, jika anda tidak bertindak untuk menabung sekarang.

Apa yang berlaku akan datang bergantung apa yang anda lakukan sekarang!

3.Faedah Perubatan (Medical Benefit)
-Jika anda tidak dilindungi insurans, maka anda terpaksa menyediakan sejumlah wang yang banyak untuk menampung kos perubatan seperti serangan penyakit tidak jangka, yang memerlukan pembedahan, kemalangan dan sebagainya. Apa tindakan anda seterusnya? Pinjaman dari bank dgn faedah yang tinggi?

4.Peluang Melancong (Travelling Expense)
-Tempat tempat menarik di Malaysia dan dunia, sudah pasti menjadi idaman sebagai destinasi perlancongan. Bagaimana anda hendak mengecap impian sebegini sekiranya struktur kewangan kita terhad? Jadi usahakan wang anda supaya ia bekerja lebih untuk anda.

5.Peluang Perniagaan (Bussiness Opportunity)
-Jadikan pelaburan anda hari ini sebagai modal untuk memulakan perniagaan baru atau membesarkan operasi kepada perniagaan sediada. Rebutlah peluang untuk menggandakan wang ada.

6.Program Penahanan Pekerja (Employee Retention Program)
-Majikan yang ingin kekalkan pekerja mereka yg berkualiti/mahir terus menyumbang produktiviti syarikat, program ini adalah sesuai dan direka khusus bagi menjamin kesetiaan pekerja kepada majikan.

Bagaimana UNIT TRUST berfungsi?
Anda atau Pemegang Unit beserta pemegang unit lain melabur sejumlah wang tertentu di dalam dana tertentu yang dikawalselia oleh pemegang amanah(trustee) seperti Amanah Raya Berhad dsb utk dilaburkan oleh pengurus dana (fund manager) ke pasaran ekuiti (KLCI), bond dan pasaran wang selaras dengan portfolio dana tertentu. Hasil keuntungan dari pelaburan setahun akan diisytiharkan bonus dan dividen dan ia diagihkan kepada anda serta pemegang unit yang lain.

Berapa pulangan hasil pelaburan dari UNIT TRUST?
Secara purata antara 12 hingga 18 peratus setahun. Pelaburan mesti berasaskan tempoh antara 3-5 tahun untuk menikmati hasil pulangan yang dinyatakan tersebut. Jika anda menyimpan dalam simpanan tetap (FD) dengan purata pulangan setahun 4%, anda terpaksa menunggu 18 tahun utk menggandakan simpanan anda.

Bagaimana Cara Untuk Mengaut Keuntungan Dalam UNIT TRUST?
Senang sahaja. Anda harus bersabar kerana pelaburan ini mengambil tempoh antara 3 hingga 5 thn. Anda perlu patuhi 3 peraturan keemasan (3 golden rules) di bawah ini:-

1. Anda hendaklah kerap melakukan penambahan pelaburan kerana ini mengurangkan kos unit yang anda beli. Anda terapkan purata nilai ringgit (Dollar Cost Averaging) didalam pelaburan anda.

2. Sentiasa berhubung dengan konsultan untuk mengetahui status pelaburan anda. Sebaik-baiknya 3 bulan sekali..

kami sedia membantu anda

3. Keluarkan semua pelaburan anda apabila anda sudah mencapai target (12-18%) setahun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: