Pelanggan

Pelanggan mempunyai objektif kewangan dan kemampuan berbeza. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa persamaan tertentu di kalangan pelanggan dan ini biasanya berkait rapat dengan peringkat seseorang pelanggan itu dalam kitar hayatnya.

Pada umumnya, terdapat empat peringkat utama dalam kitar hayat seseorang pelanggan.

PERINGKAT PERTAMA: BERUSIA LEBIH-KURANG 21 – 30 TAHUN

Pada usia ini, seseorang pelanggan mungkin masih bujang atau baru berkahwin. Tahap pendapatannya mungkin mencukupi untuk menampung berbelanjaan hidup, dan oleh itu, tidak banyak peluang menabung. Rancangan persaraan pastinya jauh sekali untuk difikirkan. Kemungkinan tiada tanggungjawab kewangan yang penting (contohnya; untuk menyara ahli keluarga).

Dari perspektif pelaburan, jika pelanggan telah membeli rumah, dia mungkin boleh mula mengumpul sedikit wang simpanan dengan melabur dalam SUA yang berorientasikan pertumbuhan. Mungkin beberapa risiko tambahan boleh diambil dengan melabur dalam SUA yang lebih khusus dan agresif. Pelanggan mungkin boleh menangani kadar turun naik dalam pelaburan yang lebih tinggi bagi jangka masa pendek kerana tumpuan akan diberikan kepada pulangan bagi jangka masa panjang.

PERINGKAT KEDUA: BERUSIA LEBIH-KURANG 31 – 44 TAHUN

Biasanya pelanggan pada peringkat ini sudah berkahwin dan mempunyai anak kecil serta sudah membeli rumah. Perbelanjaan untuk pendidikan tinggi mungkin dalam beberapa tahun lagi dan persaraan juga masih jauh lagi. Tanggungjawab kewangan semasa pelanggan dapat dilindungi melalui tahap perlindungan insurans hayat yang sesuai dan simpanan yang boleh diakses dengan mudah.

Bergantung pada tahap komitmen, kini mungkin terdapat lebih banyak peluang untuk menabung dan melabur. Seseorang pelanggan boleh mempertimbangkan untuk melabur dalam pertumbuhan modal jangka panjang dengan menggunakan SUA pertumbuhan atau terimbang. Jika pelanggan mempunyai lebih banyak simpanan, maka dia bolehlah melabur dalam SUA berisiko tinggi untuk memaksimumkan pulangan bagi jangka masa panjang. Kini KWSP mungkin mencukupi untuk dipindahkan ke SUA yang dapat memenuhi objektif ini.

PERINGKAT KETIGA: BERUSIA LEBIH KURANG 45 – 60 TAHUN

Seseorang pelanggan yang berumur pada pertengahan 40 tahun kini mungkin lebih terjamin hidupnya dari segi kewangan dan telah mencapai kemuncaknya. Dia mungkin mempunyai kemampuan menabung yang tinggi untuk melabur bagi persaraan. Perbelanjaan pendidikan tinggi untuk anak-anak akan menyusul tidak lama lagi.

Apabila seseorang pelanggan mencapai umur 55 tahun ke atas, perlindungan insurans yang mencukupi masih amat penting, campuran aset pelaburan mungkin perlu diubah. Mungkin SUA yang lebih konservatif perlu dipertimbangkan, seperti tabung pendapatan dan tabung terimbang. SUA seumpama itu menghasilkan pertumbuhan yang lebih rendah tetapi dengan risiko yang kurang, malah keseluruhan portfolio boleh memberikan kebebasan kewangan kepada pelnggan apabila bersara.

PERINGKAT KEEMPAT: BERUSIA LEBIH-KURANG 61 TAHUN KE ATAS

Anak-anak pelanggan sudah dewasa dan telah menamatkan pendidikan mereka. Pelaburan kini mungkin telah bersara, oleh itu, pendapatannya mungkin telah banyak berkurangan dan keutamaannya sekarang adalah untuk mengekalkan pendapatan yang boleh dijana daripada modal. Jika tidak, dengan tanggungjawab kewangan yabg berkurangan, mungkin inilah kesempatan yang sesuai untuk meningkatkan asas modal, manakala pada masa yang sama mengurangkan risiko kerugian. Pelanggan mestilah mengambil kira kos luar jangka, seperti keperluan perubatan, apabila menentukan portfolio pelburan. Mungkin gabungan SUA pendapatan dan terimbang paling sesuai untuknya. SUA agresif, yang mungkin mendatang pulangan yang tinggi tetapi kadar turun naik yang agak tinggi dan kemungkinan kerugian besar, boleh dipertimbangkan bergantung pada faktor seperti saiz portfolio dan sikap terhadap risiko.

Sudah tentu, empat peringkat di atas adalah anggapan umum dan seperti yang telah disebutkan, setiap pelanggan adalah berbeza. Walau bagaimanapun, ada gunanya bagi bakal OBUA untuk melihat bagaimana kitar hayat pelanggan yang ‘biasa’ boleh dikaitkan dengan portfolio pelaburan yang melibatkan SUA demi mencapai objektif pelanggan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: