Pelaburan Anda dan Kami

.
.

Financial Calculators

.

Dana unit amanah ialah skim pelaburan yang dibentuk untuk membolehkan para pelabur menyertai pasaran wang, hutang, ekuiti dan derivatif. Pengurus pelaburan professional akan mengendalikan dana yang dikutip melalui skim ini untuk mencapai objektif pelaburan.Unit amanah adalah jentera pelaburan yang mampu dimiliki, mempunyai kecairan dan berisiko rendah. Oleh itu, skim ini sangat sesuai untuk perancangan kewangan individu dan syarikat.

Berjimat: Menabung Sambil Melabur

Objektif pelaburan dana adalah untuk memperoleh peningkatan modal dalam jangka masa sederhana (1- 3 tahun) hingga jangka masa panjang (5 tahun ke atas) melalui pelaburan sekuriti yang tersenarai di pasaran sekuriti Malaysia, berlandaskan Prinsip Syariah. Pelaburan yang telah mencapai pulangan keuntungan (purata 18%-25% setahun) boleh dikeluarkan pada bila-bila masa..

ADIB boleh dilanggan dengan jumlah pelaburan minima RM1000 atau langganan melalui penyertaan Pelan Simpanan, dengan simpanan permulaan RM500 dan diikuti oleh simpanan RM50 setiap bulan (nilai minima).

ADIB menawarkan pulangan melalui penberian Distribution dan Capital Gain (untung unit).. Capital Gain dibayar bila pelabur membuat redemption keatas pelaburannya.


Perkiraan Distribution, Capital Gain:

Pelaburan = 10,000 @ 0.75 sen se unit
tolak service charge 8% = RM800, nilai akan berkurang kepada RM9200.

Total Unit = 9200 @ 0.75sen = 12266.6 unit.

Katakanlah setelah setahun, harga seunit meningkat ke paras 95sen/unit..dan anda ingin menjual (redemption) semua unit anda.. Apa pulangan anda? (Peningkatan harga seunit = 26.67%)

Distribution = 26.67 dari RM9200 x 1thn = RM2453.64
Untung Seunit = Harga Jual – Harga Beli = 0.95sen – 0.75sen = 0.20sen seunit
Capital Gain = Jumlah unit x untung seunit = 12266.6 unit x 0.20sen = RM 2453.32
Total Return = Distribution + Capital Gain = RM 2453.64 + 2453.32= RM 4906.96

Jumlah Terkumpul = RM 9,200 + RM4906.96 = RM 14106.96

Insya Allah.

Bila patut melabur dalam Unit Trust?

Jawapan paling mudah ialah secepat mungkin.
Jawapan agak panjang ialah setelah anda ada simpanan kecemasan (3-6 bulan gaji) dan mampu untuk melabur wang selebihnya di dalam tabung amanah @ unit trust. Semuanya bergantung kepada perancangan kewangan anda – gaya hidup, keutamaan, kemampuan anda serta strategi & attitude anda terhadap ganjaran-risiko.

Gaya hidup: Seorang bujang boleh melabur terus di dalam unit trust. Tetapi, bapa atau ibu berkeluarga mungkin akan menyertai pelan takaful dahulu – cumanya, sekarang dana-dana takaful juga di laburkan di dalam saham-saham tabung amanah (e.g. investment link pakej).

Keutamaan: Pelabur yang lebih arif mungkin mahu mempunyai pilihan di dalam memilih saham sendiri. Melabur di dalam tabung amanah bermaksud anda melepaskan tanggungjawab memilih pelaburan amanah anda kepada pengurus tabung amanah berkenaan. Ingatlah, ada pengurus yang baik dan ada yang lemah.

Kemampuan: Dana yang anda ada juga perlu dilaburkan dengan bijak mengikut keperluan masing-masing. Dapatkan nasihat tetapi buat keputusan sendiri kerana anda yang lebih tahu keperluan dan kemampuan anda. Strategi saya – mulakan walau sedikit kerana jika tidak cuba, saya tidak tahu bagaimana unit trust berfungsi. Selepas ada pengalaman dan mendalami sedikit sebanyak, saya mampu membuat keputusan yang lebih baik.

Ganjaran-risiko (risk-reward): Biasanya kita didedahkan dengan kata-kata “lebih tinggi risiko, lebih tinggi ganjarannya”. Didalam Islam, kita digalakkan untuk mencari ganjaran di akhirat dan juga di dunia. Bukan semata-mata kerana wang, tetapi setiap pelaburan kita mesti didasarkan di atas prinsip membantu kebajikan ummah, sosial dan ekonomi sesama islam dan masyarakat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: