AlQuran: Kenal Konsep

Pendekatan al-Quran dalam menangani kemelut ekonomi.

Dunia seluruhnya ketika ini sedang menghadapi satu kemelut atau krisis ekonomi yang berterusan, setelah mencuba pelbagai teori ekonomi ciptaan manusia yang serba tidak sempurna, kononnya teori ekonomi itu menjamin masa depan yang lebih baik kepada manusia.

Pakar-pakar ekonomi dari kalangan aliran Kapitalis telah menggaris beberapa pendekatan sistem ekonomi yang kononnya menjamin keselesaan kehidupan, tetapi pada hakikatnya menempuh jalan buntu, akhirnya tidak mampu menyelesaikan masalah hidup kerana ia dicipta menurut naluri serta pandangan manusia yang serba terbatas.

Selagi mana sistem ekonomi tidak disandarkan kepada pendekatan Islam sebenar berasaskan akhlak agama, khususnya perasaan malu untuk tidak mengeksploit harta benda awam, maka ia akan mengundang dan menuju kepada perlakuan jenayah dalam mengamalkan teori sesuatu sistem ekonomi.

Menurut Islam, perasaan malu adalah satu sifat mulia yang mampu membangkitkan kesedaran kepada seseorang individu untuk meninggalkan segala perlakuan jahat, maksiat serta perkara yang bercanggah dengan hukum-hukum syariat Islam termasuk dalam perlakuannya pada amalan berekonomi, ia termasuk juga mengekangnya untuk tidak menipu, memonopoli sesuatu barangan produk, tidak mencuri, tidak terlibat dalam jual beli yang haram, kerana perlakuan jahatnya itu diperhatikan oleh Allah SWT.

Syariat Islam adalah penyelesai kepada kemelut ekonomi

Negara-negara umat Islam, khususnya negera-negara OIC perlu menjadi perintis kepada pelaksanaan sistem ekonomi bertepatan dengan roh syariat Islam yang berteraskan elemen ayat-ayat al-Quran tanpa sedikitpun terikat dengan mana-mana elemen sistem ciptaan manusia, kerana Islam menganggap ia sebagai cara untuk menghapuskan sistem-sistem yang dikenal pasti menindas kepentingan orang ramai.

Bagi menangani kemelut ekonomi yang dianggap menyusahkan banyak pihak khususnya orang awam, Islam telah meletakkan garis panduan untuk diikuti oleh seluruh peringkat individu di kalangan umat Islam, iaitu prinsip al-Quran yang menghubungkan naluri manusia dengan hukum syariat Allah SWT, ia dapat dijelmakan menerusi tiga perkara berikut:

  1. Menyediakan kaedah membersihkan hati manusia daripada segala dosa, dengan meninggalkan segala aspek muamalat yang dianggap jijik oleh Islam.
  2. Kaedah menambah-baik pengurusan harta dan cara pensuciannya daripada daki riba, faedah dan sebagainya.
  3. Menjamin keharmonian hidup kepada setiap individu dalam bermasyarakat untuk memenuhi keperluan mereka dari sudut penggalakan pertumbuhan ekonomi bagi meneruskan agenda hidup harian terutama kepada golongan fakir, miskin dan mereka yang benar-benar perlu dibantu.

Islam memerangi jenayah dalam amalan berekonomi

Sejak awal-awal lagi Islam sebagai agama penyelesai kepada permasalahan hidup manusia, telah menyatakan sikapnya yang cukup tegas untuk memerangi apa sahaja bentuk tindakan atau perlakuan bersabit dengan perkara yang boleh menyekat pertumbuhan ekonomi.

Al-Quran yang menjadi teras keutuhan pertumbuhan ekonomi negara, masyarakat dan sebagainya, tampil dengan laungan larangan yang keras terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan perlakuan negatif itu, justeru, Islam telah menggariskan beberapa tindakan berikut sebagai ancaman kepada kemajuan ekonomi:

  1. Memakan/mengambil harta orang ramai dengan cara yang batil (tidak sah), kerana al-Quran menganggapnya sebagai satu perbuatan dosa dan mengeksploitasi harta/hak orang lain dengan cara paksa, ia adalah satu larangan dan jenayah yang mesti dijauhkan, firman Allah menerusi ayat 188, surah al-Baqarah maksudnya : “Dan janganlah  kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”
  2. Mengambil dari wang riba, sesungguhnya Islam dengan jelas menyatakan bahawa tindakan itu adalah satu perbuatan yang mesti diperangi, kerana Allah SWT akan menimpakan siksaan yang keras kepada pelakunya, dan menganggapnya sebagai musuh Allah SWT, firman-Nya menerusi ayat 278-279 surah al-Baqarah, maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.”
  3. Satu bentuk tindakan yang dianggap jijik oleh Islam ialah monopli sesuatu barangan, kerana ia disifatkan Islam sebagai satu perbuatan kotor dengan tidak menampakkan daya usaha gigih sesorang, cukup dengan mengaut keuntungan hasil usaha orang lain, sehubungan itu, baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : “Sesiapa yang memonopli sesuatu barangan, maka dia telah melakukan satu kesalahan, dan orang yang berslah itu berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT.”
  4. Menurut ahli fiqh Islam, sesiapa yang melakukan perbuatan itu, hendaklah dia bertaubat kepada Allah SWT, kerana tindakannya itu adalah satu jenayah, iaitu dengan menyorok barang keperluan seperti inyak, gula, gandum, beras dan sebagainya untuk dijual pada satu tempoh tertentu bertujuan untuk menaikkan harganya hingga tidak dapat dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah atau sederhana, kekayaan hanya berkisar di kalangan mereka yang berada atau golongan kaya dan berada.
  5. Jenayah rasuah berleluasa di kalangan segelintir individu yang berkepentingan, ia dianggap satu perbuatan yang boleh merosak dan merencatkan pertumbuhan ekonomi, rasuah juga adalah satu tindakan yang membawa kepada penganiayaan, penghakisan hak golongan berpendapatan rendah dan sederahana, malah yang lebih buruk lagi merosakkan nilai akhlak pelaku, sama ada yang memeberi ataupun yang menerima, sehubungan ini, baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Orang yang memberi dan menerima rasuah, kedua-duanya dalam api neraka.”
  6. Sektor perjudian dan penjualan arak juga adalah dianggap merosakkan sumber ekonomi sesebuah negara yang sudah pasti tidak akan diberkati Allah dalam segenap aktiviti yang berpunca daripada hasil kedua-duanya, kerana ia adalah punca sebenar yang dikenal pasti berpotensi membawa kepada permusuhan, hasad dengki dan sebagainya, akibatnya perancangan pertumbuhan ekonomi tidak mampu ditadbir dengan baik, firman Allah menerusi ayat 90-91 surah al-Maidah bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”.
  7. Menipu juga disifatkan Islam sebagai punca kepada kemerosotan ekonomi negara, mengapa tidak? Jika seorang individu itu memanipulasi sistem kewangan atau pengeluaran barangan dengan tidak melakukan catatan hitam putih sebagai bahan bukti, maka akan berlaku penyelewengan yang merugikan produktiviti negara yang akan membawa kesan buruk terhadap orang ramai (rakyat), justeru, Islam memandang serius perbuatan itu dan pelakunya tidak dianggap sebagai sebahagian daripada umat Nabi Muhammad, sabda baginda yang bermaksud : “Sesiapa yang menipu bukan dari kalanganku.”
  8. Menyimpan barangan kemas/perhiasan tanpa dimanfaatkan atau menggunakannya, malah tidak mengeluarkan zakat daripadanya, dianggap sebagai satu perbuatan yang menghalang pemberian hak kepada yang memerlukan di kalangan asnaf yang lapan, Allah menegaskan dalam ayat 34-35 surah at-Taubah, maksudnya : “Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya (mengeluarkan zakat) pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab siksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.”
  9. Perniagaan pada barangan yang diharamkan Allah seperti arak, nombor ekor, dadah, candu yang membahaya kesihatan awam dan lain-lain juga adalah satu ketetapan jenayah yang mesti dibenteras segera oleh pihak berwajib, kerana ia adalah tindakan zalim terhadap orang lain.
  10. Pelacuran yang melibatkan anak-anak gadis yang suci dengan menjual tubuh badan mereka kerana mahu mengaut keuntungan segera adalah jenayah yang tidak boleh dimaafkan, kerana ia tindakan licik sesetengah pihak yang akhirnya memperolehi hasil yang sama sekali tidak diberkati Allah SWT dan menucar-kacirkan institusi masyarakat umat Islam yang sepatutnya menjadi sebaik-baik umat contoh kepada yang lain, Allah menjelaskan dalam ayat 33 surah an-Nur, maksudnya : “Dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah – sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka – Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
  11. Hasil pandapatan dari pembinaan kafe-kafe maksiat, disko-disko, rumah-rumah urut yang bertujuan menyebar budaya songsang dan memberi perkhidmatan seks dipandang serius oleh Islam, kerana ia dianggap sebagai punca kemungkaran dan hilangnya keberkatan daripada Allah SWT, maka segala hasil daripadanya adalah haram, ia bertepatan dengan firman Allah 19, surah an-Nur, maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang suka perbuatan buruk lagi keji di kalangan orang-orang yang beriman berlaku, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”
  12. Kegiatan mencuri juga adalah salah satu jenayah yang boleh merugikan banyak pihak terutama kepada hasil pendapatan negara, negara akan terdedah dengan bencana jika menerima hasil pendapatannya daripada wang atau sumber kecurian, ia juga akan memporak-perandakan masyarakat, justeru, bagi yang terlibat dengan kegiatan mencuri secara terang atau tersembunyi dengan saksi-saksi yang adil, maka mereka perlu dihadapkan ke mahkamah untuk dipotong tangannya, itulah penyelesaian terbaik daripada Allah agar dapat mengurangkan penularan kegiatan tidak bermoral itu dalam masyarakat umat Islam, firman Allah SWT menerusi ayat 38 surah al-Maidah, maksudnya : “Dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
  13. Mengadakan projek-projek mega yang hanya menguntungkan pihak tertentu dengan menelan belanja mencecah berbilion ringgit, sesetengahnya terbengkalai tanpa alasan yang boleh diterima, projek pula dimonopoli oleh kroni-kroni, ini termasuk program-program yang melibatkan penggunaan aliran eletrik yang banyak yang hanya dinikmati oleh golongan pemerintah, pada waktu yang sama menasihati rakyat supaya berjimat cermat kononnya untuk berhemah dalam pengurusan ekonomi, mereka ini boleh disifatkan sebagai golongan yang melakukan pembaziran dan pandai berkata-kata tetapi tidak melakukannya, kepada mereka Allah berfirman menerusi ayat 27 surah al-Isra� maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” Dan firman-Nya lagi dalam ayat 2 surah as-Sof, maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!”Islam dan keperluan pertambahan pengeluaran produkIslam sentiasa menggalakkan penganutnya agar peka dalam menambahkan pengeluaran produk yang bermutu tinggi yang menjadi keperluan kepada orang ramai tanpa melakukan pembaziran lebih-lebih lagi boleh dijadikan pendapatan negara.Produk yang perlu dihasilkan adalah berbentuk pengeluaran keutamaan seperti beras, gandum, bukannya dengan penanaman tembakau atau bahan-bahan yang yang tidak boleh dimanfaat oleh sebahagian besar rakyat sesebuah negara malah ia adalah produk yang membawa kepada bahaya.Apa yang penting untuk penghasilan sesuatu produk itu benar-benar diberkati Allah, ialah dengan wujudnya aspek akhlak yang menjadi tunjang kepada ekonomi negara, iaitu akhlak yang menjadikan seseorang itu berdisplin dan beretika malah jauh dari sebarang tindakan negatif seperti yang dibahaskan di atas antaranya, menipu, terlibat dengan rasuah, judi, arak, pelacuran dan lain-lain.Disiplin, tekun, bersungguh dan beretika dalam pekerjaan menjamin produktiviti yang disantuni Allah sebagai satu bahagian akhlak yang cukup memberangsangkan, sekali gus seseorang itu akan merasakan ketenangan dalam meningkatkan mutu hasil ekonomi yang terbaik buat negara dan masyarakatnya malah membantu mencapai tahap ekonomi yang baik.Konsep Pembangunan Ekonomi

    Menurut Dr Abdul Ghani ‘Abod : Adams mendefinisikan Economic Growth sebagai :

    “Perkembangan atau peralihan yang berterusan, merangkum pengagihan semula sumber-sumber kekayaan. Perkembangan dari sudut sejarahnya dari era pertanian kepada era industri dan dari tahap itu kepada era perkhidmatan.” .

    Namun menurut Dr Abdul Ghani definisi ini akan dilihat sebagai suatu definisi yang sempit kecuali pengertian proses peralihan tersebut difahami secara meluas; merangkum perubahan dalam setiap aspek kehidupan.

    Sama ada pembangunan merangkum atau tidak aspek pertumbuhan namun umum berpendapat bahawa Economic Growth juga bermakna Economic Development secara lumrah. Kedua-duanya saling kait mengait dan diperlukan dalam negara membangun.

    Sebenarnya konsep pembangunan ekonomi Islam bertolak dari pengembangan sumberdaya manusia (human capital) dan penguasaan teknologi sebagai penggerak utama (driving force) pembangunan ekonomi. Pengembangan sumber daya manusia merangkum seluruh potensi dan keberdayaan dan kualiti kemanusiaan dari sudut rohani dan moral. Pembangunan ekonomi merangkum pembangunan sistem kewangan dan dasar perniagaan global yang adil. Ia juga merangkum pemerataan kebebasan sosial, keadilan ekonomi, pengembangan teknologi, usaha mempelbagaikan sumber dan sebagainya.

    Sebuah negara dikira sebagai negara membangun berasaskan kadar piawaian atau kategori tertentu. Kategori diukur berdasarkan Keluaran Negara Kasar per kapita bagi sesebuah negara. Sesebuah negara dikatakan membangun apabila telah melalui pertumbuhan ekonomi dan perubahan struktur ekonomi.

    Pertumbuhan ekonomi ialah peningkatan pendapatan (keluaran negara per kapita) manakala perubahan struktur ekonomi ialah perubahan kepentingan sektor kepada perindustrian, peratus penduduk bandar yang tinggi, jangka hayat semasa lahir yang panjang dan kadar buta huruf yang rendah, serta pendedahan kepada arina antarabangsa dan sebagainya.

    Unsur-Unsur Pembangunan

    Unsur yang terpenting dalam pembangunan ini ialah unsur manusiawi; kendatipun tidak dinafikan bahawa konsep pembangunan Islam itu adalah bersifat komprehensif dan bersepadu. Pembangunan dari perspektif Islam mengoptimumkan faktor kesejahteraan manusia, akhlak ,dan kebendaan, kerohanian dan fizikal, ekonomi dan sosial.

    Asas Pembangunan

    Pembangunan bertolak dari falsafah dan konsep yang merujuk kepada persoalan asas dalam hidup. Dalam konteks umat Islam asas yang paling fundamental ialah akidah atau iman.

    Asas ini menegaskan bahawa manusia sebagai pemegang amanah Allah bertanggungjawab untuk memakmurkan alam dan mengurusnya dengan cara yang paling baik dan saksama.

    Allah tidak suka perbuatan merosakkan; alam tempat penghunian manusia dan makhluk Allah yang lain dari generasi ke generasi. Kehadiran manusia di dunia ini adalah untuk penyembahan dan ubudiah diri kepada Allah.

    Asas Iman, Islam dan Ihsan melatari segala gerak kerja pembangunan.

    Syariat adalah asas pembangunan yang berikutnya. Pengembangan ekonomi mesti merujuk kepada asas-asas yang syar�i dan halal. Segala akad-akad yang fasid serta muamalat yang berunsur gharar dan qimar tidak boleh menjadi amalan dalam membangun ekonomi. Pembangunan mesti menjulang dasar yang adil, tidak menindas, atau melalui kaedah yang zalim dan haram.

    Asas berikutnya ialah asas akhlak atau Ihsan. Pembangunan keperihatinan moral adalah prasyarat dalam pembangunan ekonomi Islam. Sebab itu usaha meningkatkan kemakmoran mesti digandingi oleh usaha meningkatkan ibadah, menggilap ruhani dan tendensi kejiwaan yang lohor dan positif.

    Hal ini penting untuk mengukuhkan kawalan dalaman serta daya kontrol nafsu dan kemahuan yang rendah. Jika tidak dilakukan maka masyarakat akan dihantui oleh kecenderungan melempiaskan nafsu syahwat dan peningkatan jenayah serta maksiat.

    Selain dari itu ilmu, teknologi dan keterampilan adalah asas yang tidak kurang pentingnya dalam menjana pembangunan ekonomi umat Islam. Semakin tinggi pencapaian warga umat Islam dalam bidang ilmu, teknologi dan keterampilan maka semakin meningkat kemajuan pembangunan ekonomi yang dapat dicapai. Ini berkait rapat dengan keupayaan untuk takhassus dalam berbagai bidang pengeluaran.

    Pembangunan Seimbang juga merupakan matlamat pembangunan ekonomi Islam. Ia bukan hanya bermakna pembangunan yang harmoni dan seimbang antara wilayah-wilayah dan antara sektor-sektor ekonomi tetapi juga kepada pemulihan kesaksamaan agihan pendapatan dan pemilikan harta.

    Seterusnya ialah Peningkatan Kualiti Kehidupan. Pembangunan ekonomi Islam merangkum peningkatan prasarana kebajikan ekonomi rakyat, peningkatan budaya kepenggunaan yang bijak dan seimbang; tidak membazir dan lebih mementingkan kepada memenuhi keperluan secara bersahaja serta mengelakkan amalan hidup bermewah- mewah.

    Rakyat sewajarnya merasa semakin selamat, penawaran barangan keperluan yang serba cukup, pengangkutan yang serba mudah, bantuan kewangan dan kebajikan untuk seluruh rakyat, perlindungan pengguna melalui institusi al Hisbah, pembangunan infrastruktur fizikal dan sosial, kestabilan harga khasnya harga barang keperluan asas, kemudahan rawatan dan sebagainya.

    Untuk itu kerajaan perlu mengujudkan peluang pekerjaan yang luas kepada rakyat, membangun dan menyediakan jaminan sosial yang berkesan disamping memastikan kesaksamaan agihan pendapatan dan kekayaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: