Posted by: jamaljaafar | June 8, 2008

Menangani inflasi dengan sabar dan proaktif

Barang Naik..! Inilah fenomena yang digerun, dibenci dan sering disebut-sebut rakyat..

Walau bagaimanapun, tidak dapat tidak, kita tidak dapat lari darinya.. Walau beribu laungan kesal sudah dijeritkan.. Walau beribu jasad berontak sudah dibelasah, disimbah teruk, di setiap perhimpunan.. Walau beribu baris bait-bait keperihatinan sudah terseru, tetapi tidak diendah, malah terus didera dan terpenjara – Namun, INFLASI tetap merangkak tiba, menghampiri kita bagai kabus beracun, menyelubung gelap sara hidup yang selama ini tidak berketentuan..

Ini senario semasa kita, di negara yang dahulunya makmur tetapi sekarang, bagaikan mahligai-mahligai kristal yang “retak-menunggu-belah..” Penghuninya terpinga-pinga akan sebuah jawapan, dalam kemelut yang tidak berkesudahan..

Sementara kepimpinan yang dipertanggungjawabkan dan aktivis yang dipergiat asyik menuding jari sesama mereka, kita, rakyat yang “tercubit” dengan permasalahan ini, harus ada jalan keluar di kadar segera.. Kita harus licik dan berikhtiar supaya tidak terjerumus ke dalam perangkap pihak-pihak yang sentiasa ghairah untuk “menceriakan” suasana Barang Naik, demi kepentingan tembolok mereka..

Kita harus juga maklum bahawa dalam sejarah 50 tahun kemerdekaan Malaysia, bahawa apa jua desakan-desakan bagi mengurangkan inflasi adalah satu langkah yang tidak memadai dan tidak pernah berkesan.. Apa yang perlu adalah, kita sebagai rakyat harus memikirkan kaedah sendiri untuk terus hidup dan tidak terkongkong oleh belanja asas yang akan terus naik dan naik sampai bila-bila.. Bagi tujuan ini, kita harus bijak untuk menentukan sama ada kita harus bekerja-keras atau bekerja-bijak (work-hard or work-smart) demi survival kita sendiri..

Arahan “ubah-corak-hidup-anda” harus diertikan semula sebagai satu anjuran merubah kaedah menjana pendapatan untuk diri kita yang jauh lebih rendah dari kos sara hidup sebenar di Malaysia.. Kita perlu mendidik dan memimpin diri kita ke satu konsep kerja berasaskan pengertian work-smart.. Dan, kita perlu mendidik dan memimpin diri kita secara holistik dan berani ke satu konsep hidup berasaskan pengertian live-smart..

Puaskah hati anda jika ada orang memberi pancing supaya kita pandai memancing, dan tidak meminta-minta ikan?

Iya, semua akan mengangguk setuju apabila unjuran ini diketengahkan oleh berbagai pihak.. Tetapi, mengapa pancing? Mengapa bukan JALA serta “kaedah menebar JALA atau PUKAT TUNDA? Bukankah pulangan yang terhasil lebih menguntungkan dan bertahan lama? Adakah rakyat Malaysia bermentaliti “pancing” bila berfikir tentang ekonomi? Maka, tidak hairanlah rakyat Malaysia sering terperangkap apabila berlaku krisis ekonomi..

..

Contoh “work-hard”: Benarkan kakitangan awam kerja sambilan


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: