Posted by: jamaljaafar | May 30, 2008

MARC: Terbitan bon cecah RM50 bilion tahun ini

sannov73@yahoo.com

Malaysian Rating Corporation Bhd. (MARC) menjangkakan terbitan bon meningkat antara RM40 bilion hingga RM50 bilion pada tahun ini berikutan permintaan daripada pelaburan umum dan juga swasta dalam pelbagai koridor ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Razlan Mohamed berkata, unjuran itu berdasarkan peningkatan perbelanjaan modal dalam sektor minyak dan gas serta sektor perladangan.

”Kami melihat ekonomi Malaysia mudah pulih walaupun berdepan dengan kemelesetan ekonomi dunia,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan MARC, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Razlan, pihaknya menjangka pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan mencapai sehingga 5.9 peratus pada tahun ini berikutan permintaan domestik dan aktiviti pelaburan.

”Bagaimanapun, negara kita masih menghadapi beberapa cabaran ekoran penangguhan pelaksanaan projek mega, jangkaan kenaikan inflasi dan kemerosotan prestasi eksport,” jelasnya.

Mengulas tentang prestasi kewangan MARC, Mohd Razlan berkata, syarikat itu mencatat peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 37 peratus kepada RM11.76 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007 berbanding RM8.61 juta tempoh sama tahun sebelumnya.

”Prestasi kewangan yang kukuh itu dibantu oleh aktiviti pasaran modal hutang kerana bilangan terbitan bon meningkat dan meningkatnya penerbit yang memasuki pasaran.

”Keadaan pasaran bon dikukuhkan dengan kepesatan ekonomi domestik, kadar faedah pinjaman yang sesuai serta pengukuhan penawaran dan permintaan instrumen kewangan Islam,” ujarnya.

Tambahnya, MARC telah menyempurnakan 72 penarafan terbitan bon yang melibatkan 32 penerbit bon dengan jumlah RM84.93 bilion.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: