Posted by: jamaljaafar | May 30, 2008

Malaysia lokasi pelaburan selamat

Permintaan domestik yang kukuh dan lebihan akaun semasa yang tinggi, Malaysia adalah antara lokasi pelaburan paling selamat di dunia.

Ketua Penganalisis Global Kumpulan Standard Chartered Bank, Dr. Gerard Lyons berkata, walaupun ekonomi Amerika Syarikat (AS) dijangka mengalami kemelesetan pada tahun ini, namun faktor asas ekonomi Malaysia yang kukuh mampu mengelakkan negara ini turut terheret dalam kegawatan ekonomi.

“Dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi global pada masa ini, Malaysia dilihat sebagai lokasi pelaburan yang selamat daripada perspektif global.

“Dengan jangkaan ekonomi dunia bakal mengalami kemelesetan, pelabur global kini amat berhati-hati memilih lokasi pelaburan yang kurang risiko dan Malaysia merupakan salah satu daripadanya,” katanya pada sidang akhbar selepas satu taklimat ekonomi bertajuk Order Baru Dunia anjuran bank tersebut, di sini.

Turut hadir pada taklimat tersebut ialah Ketua Penyelidik Ekonomi Serantau Standard Chartered, Cheung Tai Hui dan Pakar Strategi Kanan Tukaran Asing, Thomas Harr.

Menurut Lyons, ekonomi global telah mengalami pertumbuhan tinggi sepanjang lima tahun lalu, tetapi dijangka mula tergugat pada tahun ini, apabila ekonomi AS dijangka mengalami kemelesetan, sementara ekonomi utama lain mengalami pertumbuhan yang perlahan.

“Di sebalik kekalutan ekonomi dunia, ekonomi Malaysia menyerlah dengan pertumbuhannya yang dijangka kekal tinggi, walaupun kurang sedikit dari tahun lalu.

“Selain itu, permintaan domestiknya yang kukuh dijangka mampu menyerap penurunan eksport ekoran daripada kelembapan ekonomi global,” tambahnya.

Katanya, di Malaysia permintaan domestik menyumbang sehingga 140 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun lalu, mengatasi Filipina, Vietnam, Korea Selatan, Singapura, Indonesia dan Thailand dari segi peratusan sumbangannya.

Permintaan domestik Malaysia disokong oleh penggunaan swasta yang tinggi, peningkatan pelaburan dan perbelanjaan kerajaan, tambahnya.

Sementara itu, katanya, lebihan akaun semasa, yang tinggi juga telah menjadikan Malaysia lebih menyerlah dari segi destinasi pelaburan berbanding negara-negara di benua lain.

“Jika dibanding dengan ekonomi lain seperti di beberapa negara Asia, Afrika, Asia Barat, Amerika Latin dan Eropah Timur – masalah defisit akaun semasa telah menjadikan negara-negara ini lebih terdedah kepada gangguan ketidaktentuan ekonomi global.

“Daripada perspektif pelabur-pelabur asing, ekonomi yang memiliki lebihan akaun semasa yang tinggi seperti Malaysia nampak lebih menarik dan selamat,” katanya.

Malaysia merekodkan lebihan akaun semasa RM1.01 trilion bagi tempoh antara Januari hingga November 2007.

Pada tahun 2006, Malaysia buat pertama kalinya berjaya mencatat jumlah perdagangan berjumlah RM1.01 trilion.

Tai Hui pula berkata, dasar ekonomi makro yang sesuai serta keadaan politik Malaysia yang stabil merupakan antara pilihan utama kemasukan pelabur asing ke negara ini.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: