Posted by: jamaljaafar | May 26, 2008

PEAK OIL THEORY / TEORI PUNCAK MINYAK

Teori yang diasaskan oleh M. King Hubbert pada tahun 1956, telah meramalkan bahawa pengeluaran petroleum Amerika Syarikat akan sampai ke puncaknya bermula pada tahun 1965. Pada tahun 1970, pengeluaran petroleum di Amerika telah berkurangan. akibatnya, Amerika telah berubah dari negara pengeksport petroleum kepada sebuah negara pengimport.

Teori Puncak Minyak juga telah meramalkan banyak negara-negara pengeluaran minyak akan turut mengalami situasi yang sama – Mesir: 1987, Perancis: 1988, Jerman: 1966 Iran: 1974, India: 1997, Indonesia: 1991, Jepun: 1932 , Libya: 1970, Mexico: 2003, New Zealand: 1997, Nigeria: 1979, Norway: 2000, Oman: 2000, Russia: 1987,Syria: 1996 , Tobago: 1981, Venezuela: 1970, dan UK: 1999. Walaupun ada di antara negara-negara yang telah disebutkan itu masih lagi mengeluarkan minyak, tetapi, pengeluarannya menurun dari tahun ke tahun. Puncak Minyak bagi Malaysia adalah 2013..

Pada umumnya, ramai geologis seberpendapat, bahawa dunia telah merangkak masuk ke zaman puncak-minyak bermula pada tahun 2005 yang lalu. Titik maksima pada fenomena puncak-minyak akan berlaku di antara tahun 2020-2030. Rezab semula jadi komoditi ini sedang berada di tahap genting – semakin susut dan tandus – sebuah tanda buruk di mana kegemilangan Tamadun Petroleum akan berakhir.

Adakah ia bermakna minyak sudah tiada di perut bumi? (Zaman Batu berakhir bukan bermakna batu telah habis).. Minyak masih ada.. Tetapi, tidak berbaloi lagi untuk diusahakan.. Mungkin kos berganda yang sama nilai dengan 5-10 tong petrol akan digunakan untuk mengeluarkan satu tong minyak mentah..

Harga minyak

Pada pagi 2hb Januari 2008, harga satu tong petroleum mentah mencecah 100 dolar di pasaran dunia. Kini, Mei ’08, ia meningkat ke paras 130 dolar/tong dan akan terus naik ke tahap yang sukar diramal..

Suasana “minyak-habis” sudah semakin hampir. Masanya datang serta merta dan tiba-iba. Apabila ini berlaku ia bakal mengundang huru-hara kepada negara yang bergantung penuh dengan minyak.. Bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Apakah mungkin, TENAGA SURIA ada peleraiannya.. Rakyat Malaysia harus merebut peluang ini – sebuah industri berpotensi tinggi, di sebuah era bakal bergelar Tamadun Suria..

Solar-Power Tower


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: